Wednesday, 3 October 2012

BAYAR HUTANG RUMAH

Entry ini saya adaptasi dari entry saudara wakif, how to pay off your house loan in 5 years or less . Ianya perkongsian berkenaan buku yg beliau baca tentang cara nak langsaikan hutang rumah dalam masa 5 tahun atau kurang. Berminat nak tahu caranya? Teruskan membaca.


So berikut adalah antara cara memendekkan yg dikongsikan dalam entry tu:
1) Bayar bila income masuki.
2) Bayar lebih setiap bukan
3) Bayar 2 kali sebulan.
4) Bayar awal sebelum due date.
5) Bayar bila2 ada duit lebih. Pay anytime you have extra cash
6) Bayar ansuran yg sama biarpun BLR jatuh. 
7) Bayar lebih bila gaji naik
8) Jual barang tak berfaedah utk bayar loan. 
9) Refinance  dengan bank yg tawarkan interest yg lebih rendah
Tajuk mcm gempak tapi senang nak simpulkan : Bayar Lebih. macam hutang rm1, kalau bayar 20sen, 5 bulan baru habis, kalau bayar 50sen 2 bulan dah habis. Point ke-9 mcm kelakar jugak, mmg la habis kat bank lama, tapi bank baru ada balik.
So kata kunci : bayar awal dan bayar lebih . Namun secara praktikalnya, dalam perjanjian pinjaman rumah tidak membenarkan berbuat demikian, hanya pakej pinjaman tertentu sahaja. Secara idealnya,  pakej pinjaman perumahan perlu memiliki kriteria berikut:
1) Pinjaman berdasarkan 'Daily rest'
2) Benarkan bayar sebanyak mana yg disukai
3) Benarkan bayar sekerap mana yg disukai
4) Tiada cas dan kos tersembunyi untuk tujuan perkara 2&3
Kalau mengikut ruangan komen entry blog wakif ni, ada 3 bank yg tawarkan which is HSBC, Bank Rakyat dan Alliance Bank. Rasanya utk pakej loan sebegini rate yg ditawarkan tidaklah serendah pakej loan lain
Untuk faham situasi pengiraan bagaimana boleh kurangkan tempoh pinjaman boleh rujuk thread forum ni :
p/s: watpe nak settlekan cepat2 laon yg mmg dah rendah ratenya. baik kumpul utk next purchase ye tak?

CARA CEPAT BAYAR UTANG RUMAH

Korang nak tau tak camne cara nak cepat ngabihkan bayo utang umah? Cara ini banyak diceritakan di dalam buku-buku yang berkaitan dengan ‘property investment’ dan aku telah pun mempraktikkannya untuk salah sebuah umah sewa aku. Hasilnya.. dapat jugakla aku mengurangkan faedah yang dikenakan pada utang aku tu. So, camne ye
Sebelum aku gtau, aku nak tanya.. korang perasan tak yang dalam setahun ada berapa minggu? Yes..52 minggu dan kalau 52 minggu ni ditukarkan kepada bulan, ianya akan menjadi 13 bulan dalam setahun. Cuba korang bayangkan instalment umah yang korang bayar tetiap bulan tu ditukarkan kepada setiap 2 minggu sekali, apa akan jadi? Eh..janganlah kalau instalment korang tu RM400, tiap 2 minggu korang bayar banyak tu jugak memang la cepat abis tapi setiap 2 minggu, korang bayar la RM200 (separuh dari jumlah instalment korang). Memang kalau ikut logiknya korang bayar jumlah yang sama tapi sebenarnya setiap tahun korang sebenarnya terlebih bayar sebulan instalment. Amacam? Betul tak dan kalau ikut buku yang aku pernah baca, penulis tu bagitau yang cara ni secara tak langsung akan memendekkan hutang rumah korang sebanyak 3-4 tahun. Macamana boleh jadik camtu? Sebabnya.. interest loan umah kita tu yang dicaj mengikut baki hujung bulan dan kalau setiap tahun baki kita dah terkurang sebanyak sebulan instalment, maka hutang korang pun akan abis cepat le sebab interest yang dicajkan tu dah banyak berkurangan. So, amacam.. mudah kan?
TIPs : Cuba elakkan pembayaran melalui kaedah standing instruction atau autodebit kalau korang nak ikut cara ni.
 http://abangensem.com

10 Tips Pengurusan Kewangan

 


1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.


3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.


Punca : Do-It Info

LANGKAH PENGURUSAN KEWANGAN ANDA SIRI 1

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.


Dalam merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan, masa depan dan matlamat kita.


Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan. Namun begitu secara umumnya, rakyat Malaysia didapati tidak menguruskan kewangan mereka dengan cekap. Ini berdasarkan statistik yang menunjukkan bahawa 50% daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah di bawah umur 30 (Malay Mail, 15/6/2009). Pada umur yang muda, mereka sudah jadi muflis. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam laporannya menyatakan golongan inilah yang menghadapi masalah menyelesaikan hutang, 27% menyatakan bahawa mereka hilang kawalan akan kegunaan kad kredit mereka dan 22% menyatakan bahawa mereka menghadapi keadaan susah kerana pengurusan lemah.

Menurut kajian yang dikendalikan oleh Citibank (The Star, 19/2/2009) pula:
• 37% responden menyatakan bahawa mereka agak bimbang akan masa hadapan kewangan mereka;
• Secara purata, rakyat Malaysia mempunyai simpanan hanya untuk sebelas minggu sahaja;
• Sejumlah 12% menyatakan bahawa mereka tidak menabung sama sekali;
• Sejumlah 66% tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka;
• Hanya 22% mempunyai rancangan persaraan yang formal;
• Walaupun 86% menyatakan bahawa mereka cuba mematuhi bajet, hanya 28% berjaya mematuhi bajet mereka; dan
• Lebih 25% tidak pernah berfikir atau memulakan rancangan persaraan mereka.

Di dalam kaji selidik yang dikendalikan oleh Malay Mail (14/10/2008) bertajuk, “Generation Y just doesn’t care – What recession? It is a non-event for young Malaysians” melaporkan bahawa, walaupun Malaysia mengalami kegawatan pada ketika itu:
• Belia masih berbelanja RM 300 – RM 500 sebulan untuk hiburan dan riadah;
• Mereka terlalu suka untuk membeli belah sehinggakan dilabelkan sebagai “dream consumers”; dan
• Ramai memiliki telefon bimbit yang mempunyai teknologi yang terkini

Dalam satu kagi kajian yang dilakukan oleh CIMB (11/11/2008), terdapat 93% yang ditemuduga menyatakan bahawa mereka sedar akan keperluan pengurusan kewangan. Maka jelaslah bahawa pengguna Malaysia harus dididik dan dilatih dalam pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kewangan.

Dalam merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan, masa depan dan matlamat kita. Sebagai contoh, peristiwa-peristiwa yang kita akan lalui termasuk membeli rumah, membeli kereta, berkahwin, mendapatkan anak, pendidikan anak, melancong dan bersara.

Dalam setiap fasa kehidupan, kita sering mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang dan cabaran yang berbeza. Apabila kehidupan kita berubah, maka kehendak dan keperluan kita juga berubah. Perancangan kewangan menyediakan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup ini.

Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh yang tertentu.

Sekiranya kita merancang kewangan dengan cekap, kita akan merasakan bahawa kita berupaya untuk mengawal kewangan kita dan memastikan kita akan berbelanja mengikut kemampuan yang sebenar. Selain itu dapat menguruskan hutang dengan baik serta mengelak daripada kesan-kesan negatif seperti menjadi muflis atau bergantung kepada orang lain seperti ibu bapa atau anak-anak kita.

Kita juga akan mempunyai perhubungan sosial yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan rakan-rakan sekerja kerana anda tidak meminjam wang daripada mereka setiap kali anda mempunyai masalah kewangan.

Kita juga akan merasa bebas daripada masalah kewangan kerana kita telah merancang akan keperluan masa hadapan serta mempunyai tabungan atau insurans untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Kita dapat mencapai matlamat hidup bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk keluarga. Maka dengan membuat perancangan kewangan, kita akan menyedari akan keperluan masa kini dan masa hadapan, sumber-sumber kewangan yang dimiliki serta sumber kewangan yang diperlukan serta cara sebaik mungkin untuk memperolehi sumber. Yang penting sekali, kita akan merasa tenang dan memperolehi keamanan dalam kehidupan anda.
– AKPK

  

PROMOSI VITAMIN C & VITAMIN E

CEPAT!! PROMOSI BAGI VITAMIN C1000MG & VITAMIN E


BAGI MENGHARGAI SAMBUTAN PENGGUNA YANG SANGAT MENGGALAKKAN, PROMOSI KEDUA2 VITAMIN DI ATAS PADA HARGA SPECIAL

PROMOSI SEHINGGA 31 OKTOBER 2012

VITAMIN C 1000MG 100 BIJI  RM145.00
VITAMIN E 100 BIJI RM95.00

JANGAN LEPASKAN PELUANG

Minyak Kelapa Dara - Softgel




MINYAK KELAPA DARA 60 Softgel per botol
ambil 1 biji sebelum sarapan, 1 biji sebelum tidur atau 2 biji sekaligus.
* boleh juga disapukan di muka sebelum tidur untuk merawat masalah kulit muka kering

RM 39.90 (semenanjung)
RM 43.90 (Sabah & sarawak)


Antara kebaikan dan khasiat:

1- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.

2- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak dan kering.

3- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.

4- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolesterol yang tinggi.

5- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.

6- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.

7- Memperbaiki pencernaan dan penerapan vitamin-vitamin.

8- Melindungi tubuh daripada kanser.

9- Menyusutkan jerawat dengan cepat.

10- Melancarkan kitaran haid dan menyeimbangkan hormon

11- Batuk dan selsema cepat hilang serta melegakan pernafasan.

12- Mengurangkan tidur berdengkur.

13- Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil.

14- Mengurangkan keadaan mudah lapar.

15- Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri.

16- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.

17- Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin.

18- Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita

(memperlambatkan proses)
 
 

Tuesday, 2 October 2012

VITAMIN C 1000MG 100% ASKORBIK

 








 1biji (1000 mg) = 14 biji buah sunquick

KKM #: MAL 06051404X

Keluaran: Pahang Pharmacy Sdn Bhd

~ makan sebiji sahaja sehari

~ elakkan minum BERSAMA air teh/kopi atau minuman bergas krn boleh menghalang penyerapan vitamin c. Sekiranya ade mengambil minuman berkafein atau bergas, jarakkan dalam 2 jam pengambilan

~ minum banyak air masak/air putih untuk detox/buang toksin

 
Vitamin C
iaitu juga dikenali sebagai Ascorbic Acid merupakan vitamin yang larut air amat diperlukan kerana ianya tidak dapat dibina secara semulajadi oleh tubuh badan manusia.Oleh yang demikian ianya perlu diambil secara pemakanan atau suntikan.

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin.


Benarkah begitu?
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat

Detoksifikasi.
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing