Untuk dikongsi bersama
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.
Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak
akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).
Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke
Johor Bahru.
Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang
(mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan)
manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)
Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk
membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.
Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu
mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri
serta anak
yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli
minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin
juga dibiarkan
hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan
Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang
keselamatan keluarga
yang ditinggalkan buat seketika.
Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……
Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina
menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si
isteri
yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.
Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari
isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek.
Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.
Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia
diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi
meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.
Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia
parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah
mengubahnya ke tempat yang lain.
Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong
kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon
isteri tapi tak dijawab.
Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari
tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari
suspek,
sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong
daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada
suspek
supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya
kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil
memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada
ketika itu.
Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk
membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami.
Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol
memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu
membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol
pun turut panik…..agaknya
Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu
dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual
bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek
menempik kepada si isteri supaya cepat keluar
sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang
cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt,
kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin
disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam.
Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan
sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru
mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju
meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal
terlepas daripada bahaya.
Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah
menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
i.
Lengkapkan
kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik
lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
ii.
Kejutkan
isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk
maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
iii.
Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
iv.
Amalkan
prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan
dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam
kenderaan kuncikan
kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan
motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci
kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan
sekiranya dicuri)
v.
Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
vi.
Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
vii.
Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
viii.
Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
ix.
Tindakan
terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan
terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu
kanan)
x.
Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)
Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….
Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)