Thursday, 27 September 2012

Nutrafor White Beauty

Nutrafor White Beauty - Supplement For Healthy and Fairer Skin 

MYR 150

 [ 30 capsuls ]



  Suplimen pencerah kulit seluruh badan!..Juga untuk rambut dan kuku yang cantik! Powerful anti-oksidan & anti-aging! Enriched with : COLLACTIVE TM | RICE BRAN CERAMIDE | HORSETAIL EXTRACT | LYCOPENE | VITAMIN C | GRAPE SEED | GLUTATHIONE | DMAE

 

Nutrafor White Beauty - [ PENCERAH SELURUH BADAN ]

10 KEUNGGULAN

Nutrafor White Beauty -

Supplement For Healthy and Fairer Skin

"White and Beautiful Skin Nutrition From Within"


14 hari kulit cerah berseri dan putih bercahaya

21 hari kulit sihat anjal dan kedutan hilang

Kegunaan
:

-Mencerahkan

-Menganjal
-Mengurangi garis halus & pigmentasi
-Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori
-Menghalang pertumbuhan jerawat
-Mempercepat regenerasi kulit
-Melawan penuaan
-Memperkuat rambut dan kuku
-Mengawal penambahan berat badan

Aturan
:

Bulan pertama sehari 2 kapsul,

Bulan kedua sehari 1 kapsul

Komposisi sebiji kapsul
:

Collactive TM 500 mg, Tocotrienol 10 mg, Lycopene 2 mg, Grape seed extract 25 mg, Horsetail extract 25 mg, Rediced L-Glutathione 12,5 mg, Ascorbic acid (vit.C) 37,5 mg, Chamomile extract 62,5 mg, Rice bran ceramide 7,5 mg, Dimethylaminoethanol 12,5 mg



Komposisi Nutrafour White Beauty
:

Collactive
,
Mengandung marine kolagen dan elastin yang mempunyai fungsi sinergi sebagai anti kedut, mengurangi garis-garis halus dan pigmentasi. Kolagen merupakan protein pembangun utama untuk mengeluarkan jaringan penghubung dalam tubuh. Mampu menghalang gejala penuaan kulit, meregenerasi sel-sel kulit, membantu pembentukan sintesis kolagen dan elastin.

Lycopene
,
Kandungan antioksidan sebagai tabir suria semulajadi, mencegah pembentukan melanin 100 kali lebih efektif dari vitamin E dalam mengurangi kerosakan kulit akibat radikal bebas. Mampu menganjalkan dan mencerahkan kulit dengan meningkatkan kemampuan mengeluarkan kolagen. Selain itu, dapat bekerja mengurangi aktiviti penghasilan penyebab jerawat.

Japanese Rice Bran Ceramide
,
Bekerja sebagai pelembab semulajadi, melembutkan dan menghaluskan kulit. dapat menghalang kesan radikal bebas dan mempercepat regenerasi sel kulit baru sehingga kulit tampak lebih putih, elastik dan bercahaya!

Horsetail Extract
,
Mengandungi silika yang merangsang pembentukan kolagen dan fungsi untuk meningkatkan kekuatan ikatan jaringan penghubung kulit sehingga kulit pun menjadi tegang. Memberi nutrisi yang diperlukan untuk perawatan rambut dan kuku sehingga menjadi kuat dan tidak mudah patah.

Grape Seed Extract
,
Mengandung PCO ( Procyanidolik Oligomers ) yang merupakan powerful antioksidan 50 kali lebih kuat dari vitamin C!

Reduced L-Gluthatione
,
Merupakan metabolisme aktif berfungsi sebagai powerful antioksidan . Dapat mencerahkan kulit, mengurangi bintik hitam, melembutkan serta membuat kulit lebih anjal.

Tocotrienol
,
Sebagai antioksidan yang lebih kuat 40-60 kali dari keluarga vitamin E, yang melindungi kulit dari sinar ultraviolet. membantu mencegah tanda-tanda penuaan seperti rambut beruban, botak atau rambut gugur.

Dimethyaminoethanol (DMEA)
,
Dapat memberikan kolagen pada kulit wajah dan tubuh sehingga menjadi lebih anjal , serta mengurangkan penghasilan lipofuscin membuat kulit kehilangan warna alami seiring dengan pertambahan usia.

Chamomile Extract
,
Memberikan kesan terapi yang membantu menurunkan stress dan ketegangan kulit. Selain itu, dapat juga untuk menghaluskan kulit serta mencegah iritasi pada kulit.

Vitamin C

Merupakan antioksidan mampu menghalang radikal bebas, merangsang dan meningkatkan kemampuan pembiakan sel fibroblast pada dermis, serta membantu memelihara elastin pada kulit.

SUPER NOVA STEM CELL Only MYR 150 [ 3ml x 10 vials ]


 Super serum yang ditunggu-tunggu untuk kelihatan cerah berseri 5 kali ganda! Super awet muda, anti kedut dan anti hitam bawah mata. Keberkesanan Stem Cell usah dipertikaikan lagi! HALAL. Berasaskan dari 100% Apple. Hasilnya sangat menakjubkan dalam masa hanya 3 hari! Malahan ianya dapat meneutralkan dan merawat kulit rosak kesan daripada pemakaian komestik yang mengandungi kimia. Tanpa suntikan. Hanya sapu dikulit serum dapat meresap jauh 7 lapis kulit.
 
Amazing Stem Cell - Result in 6 days! Anti-Wrinkle | Anti-Aging | Whitening & Radiant| Vanish Eyes Bag


Super Nova Stem Cell Result!


Super Nova Anti Aging


Apple Stem Cell - Skin Science

SENARAI SET CREAME WONDER GLOW..Promosi Free Postage


 PROMOSI SEHINGGA 31 OKTOBER 2012.
10 PEMBELI PERTAMA AKAN MENIKMATI KOS PENGHANTARAN PERCUMA

JANGAN KETINGGALAN..SEKALI CUBA, ANDA PASTI XPERCAYA KEAJAIBAN PRODUK INI

SENARAI SET WONDER GLOW

  

Pink Jambu [ Ultra Series ] - MYR 180

Pencerah ultra & pinkish effect. Superb! khusus untuk pigmentasi dan jerawat.


Super Gold [ Wonder Series ] - MYR 160

Mencerah bagaikan kilauan emas. Superb! untuk anti aging.

White Diamond [ Premium Series ] - MYR 150

 Mencerah secara total dan bercahaya seperti sinar berlian!


Wonder Glow Loose Pack [ Silver Series ]

Day Cream 30gm Rm80 | Night Cream 30gm Rm80 | Gel Cleanser 40ml Rm40


Pink Jambu Advanced Set with Apple Stem Cell [ Ultra Series ] - Promo Price MYR 160 

Krim Pencerah Super Flawless, Radiant dan Pinkish Effect [ Day Cream + Night Cream + Wonder Bar Apple Stem Cell ]


Nutrafor White Beauty - Supplement For Healthy and Fairer Skin MYR 150 [30 capsuls]

Suplimen pencerah kulit seluruh badan!..Juga untuk rambut dan kuku yang cantik! Powerful anti-oksidan & anti-aging! Enriched with : COLLACTIVE TM | RICE BRAN CERAMIDE | HORSETAIL EXTRACT | LYCOPENE | VITAMIN C | GRAPE SEED | GLUTATHIONE | DMAE


Wonder Glow Basic Set [ Silver Series ] - 3 IN 1 PROMO PACK only MYR 99.90!

 Krim Penyeri Wajah Super Ultra! Terlaris Di pasaran! Dijamin Cerah Bercahaya Seawal 3 hari!

 

Super Ultra Glowing Cream

 KUASA PENCERAH TERLARIS DI MALAYSIA
( Formulated by Korean Dermatologist )






  Ultra Efektif untuk :

Ø  Mencerah & menyerikan wajah
Ø  Menghilangkan pigmentasi yang tebal
Ø  Menghapuskan jerawat dengan berkesan
Ø  Mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit secara semulajadi
Ø  Anti Penuaan dan  Awet Muda yang unggul
Ø  Mengandungi kombinasi hebat Vitamin C Infusions, Super Glutahione dan Sarang Burung Walet supaya kulit cerah bercahaya dan bersinar!

Cara Pemakaian :


Ø  Cream D ( Day / Siang ) dipakai untuk siang hari, dapat digunakan sebagai alas bedak dan pelindung sinar matahari UV- Ultra Foundation

Ø  Cream N ( Night / Malam ) dipakai pada waktu malam

Ø  Pertama pemakaian, sapuan menegak ke atas pada kulit supaya krim dapat menembus jauh ke dalam bahagian lapis ekspedemis kulit.


Komposisi 
 
Super Ultra Glowing Cream -
[Skin Whitening Specialist]

  •      L-Ascorbic Acid ( Vitamin C Infusions )
  •      Beta-Hydroxy Acid
  •      Alpha Lipoic Acid
  •      Copper Peptide
  •      Retinol
  •      Hyaluronic Acid
  •      Selenium
  •      Kojic Acid
  •      L-Glutathione
  •      Alpha-Hydroxy
  •      Collagen ( Sarang Burung Walet )

Manfaat produk:

Pemutihan kulit yang hebat dengan secara semula jadi dan total
( tanpa pengelupasan ) dan sangat berkesan sebagai anti penuaan !



Ascorbic Acid
  • Merangsang pembentukan kolagen pada seluruh jaringan tubuh
  • Menyihatkan kulit dan menyegarkan badan
Beta Hydroxy Acid
  • Menstimulasi perbaikan kulit
  • Mencegah dan mengurangi jerawat
Alpha Lipoic Acid
  • Memberikan perlindungan terhadap radikal bebas
  • Membantu meningkatkan manfaat antioksidan lain
  • Berfungsi sebagai antioksidan lain khasnya Vitamin C dan E
Retinol
  • Menstimulasi regenerasi sel kulit
  • Menegangkan kulit
  • Memudarkan garis halus dan kedutan
Hyaluronic Acid
  • Menjaga kelembapan dan ketegangan kulit
  • Mencegah penuaan
Cooper peptide
  • Merangsang regenerasi kulit
  • Meningkatkan produksi kolagen dan elastin
  • Mengencangkan, menghaluskan dan melembutkan kulit
  • Mengikat dan membuang kolagen dan elastin yang rosak pada kulit dan jaringan parut
Selenium
  • Mencegah kerosakan gen
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh
  • Mencegah kanser dan penyakit kardiovascular
  • Menguatkan jantung dan pembuluh darah
  • Memperlancar aliran darah ke otak
Kojic Acid
  • Memudarkan pigmentasi dan bintik-bintik penuaan
  • Merupakan formula terbaik untuk memutihkan kulit
  • Melambatkan pengeluaran melanin yang merupakan awal proses penggelapan kulit
L-Glutathione
  • Merupakan antioksidan utama dalam tubuh manusia yang sebagian besar ditemukan dalam hati
  • Merupakan antioksidan kuat untuk menghalang radikal bebas penyebab gangguan fungsi organ dalam dan kulit
  • Membantu menyembuhkan gejala neurodegeneratif seperti Parkinson, Alzheimer, multiple sclerosis, stroke, dan asthma yang kronik
  • Pengubatan jangka panjang bagi perokok dan peminum
  • Mendetoxsifikasi (seperti Parasetamol) di dalam hati
  • Melawan kanser, penyakit jantung, penuaan, dan sistem imunisasi tubuh
Alpha Hydroxy Acid
  • Mengstimulasi perbaikan kulit
  • Menghilangkan garis-garis halus pada wajah
Collagen Extract
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghaluskan dan menegangkan kulit

WONDER GLOW COSMETIC

 

Merupakan super krim penyeri ultra yang sungguh berkuasa 10 kali ganda! Mampu menjadikan wajah anda cerah berseri dan putih bercahaya dengan semulajadi. Ia merupakan krim penyeri wajah yang pertama di Malaysia. Kami jamin 100% krim ini dapat menandingi produk pencerahan yang berada dipasaran! Inilah krim yang ditunggu-tunggu oleh semua wanita dan juga jejaka! 


Krim Wonder Glow ini mampu menghapuskan pigmentasi, tompok hitam, jerawat, dan juga kedutan dengan pantas dan selamat! Wajah gelap dan kusam akan menjadi cerah berseri serta pinkish effect seperti pelakon sinetron/telenovela ditelevisyen dan filem! Ini adalah anugerah teragung dalam industri dunia kecantikan! Krim kecantikan in jugai dapat memberi kesan kecerahan Ultra paling pantas iaitu seawal 3 hari!! Mengandungi agen pemutihan yang selamat seperti Super Glutathione, Vitamin C Infusions serta Sarang Burung Walet iaitu agen kolagen menakjubkan!!. TANPA pengelupasan dan alergi!.  Tidak mengandungi hydroquinone atau sebarang peluntur, merkuri, dan juga paraben. Lupakan foundation/alas make up/cover face yang membuatkan kulit anda kelihatan tidak natural atau putih melepak bagaikan tepung gandum. Alas bedak juga memberi kesan yang tompok dan berbelak apabila berpeluh dibawah sinar matahari. Tambahan pula, kenapa perlu anda make up? Sedangkan anda mampu memiliki kulit sihat berseri tanpa cela dengan krim hebat ini.

Bahan aktif di dalam krim ini adalah Glutahione. Glutathione sememangnya diketahui mempunyai kesan maksima dan ia sangat hebat untuk kulit cerah serta bercahaya!! Ramai yang tidak tahu rahsia Glutathione ini. Ini merupakan rahsia selebriti Indonesia, Thailand dan juga Korea, di mana kebanyakan mereka mengambil Glutathione ini untuk kulit yang cantik. Lihat sahaja aktres sinetron kulit mereka putih dan bercahaya! Glutathione adalah rahsianya! Selain sebagai agen pencerah kulit, Glutathione bertindak sebagai anti oksidan yang kuat, anti kanser dan juga anti stress! Percayalah, selepas ini anda akan menjadi tatapan dan perhatian umum! Anda bagaikan rama-rama yang baru lahir, selamat tinggal ugly duckling
BDidatangkan dalam beberapa set iaitu Set Basic RM 100 manakala Set Premium RM150Set Wonder RM 160 dan Set Ultra RM 180 . Setiap set terdiri 2 krim hebat untuk siang dan malam serta wonder bar soap untuk pencuci muka. Penggunaan amat mudah dan tidak mengelirukan. Tidak perlu pemakaian toner. Hanya perlu menggunakan 2 kirim ini dan wonder bar soap sahaja bagi setiap kali pemakaian.

Tuesday, 25 September 2012

DIET BAGI IBU MENYUSU ANAK

Seorang ibu yang menyusukan anak menghasilkan secara purata 700 hingga 800 mililiter susu setiap hari yang mana mengandungi kira-kira 300 miligram kalsium untuk setiap liter. Penghasilan ini memerlukan pengeluaran tenaga tambahan sekurang-kurang 500 kalori sehari. Pemakanan yang seimbang penting bagi ibu yang menyusukan anak. Jadi secara kesimpulannya, perbezaan antara diet perempuan yang tidak menyusukan anak dan yang menyusukan anak adalah lebihan 500 kalori.

Kualiti susu yang dihasilkan bergantung pada pengambilan jenis makanan manakala jumlah susu bergantung pada diet ibu. Makanan yang diserap bukan hanya untuk kegunaan sendiri tetapi juga untuk penghasilan susu.

Asas Diet
Tingkatkan pengambilan air sehingga mencampai 2.5 hingga 3 liter air sehari. Tetapi jangan berlebihan. Terlalu banyak cecair juga boleh mengurangkan pengeluaran susu. Cara kiraan keperluan kalori menggunakan cara sama tetapi ada penambahan 500 kalori tambahan. Sebagai contoh, jika memerlukan 2000 kalori, maka perlu tambah sehingga 2500 kalori.


Perlu diingatkan, ibu menyusu banyak tergoda dengan benda manis. Tukarkan ke menu sihat. Boleh menggunakan cara mudah, 40 peratus karbohidrat, 40 peratus protein dan 20 peratus lemak yang baik. Seperti diet biasa, bahagikan kepada 6 hingga 8 menu sehari. Untuk penghasilan susu yang teratur, pemakanan pun perlu teratur.

Jauhi tembakau. Nikotin akan terus ke bayi melalui penyusuan. Jangan mengambil ubat tanpa rundingan dengan doktor terlebih dahulu. Kebanyakan antibiotik, ubat sulfa, ubat kimia dan produk yang mengandungi iodin adalah kontraindikasi apabila anda menyusui. Vitamin yang benar-benar kurang dalam perempuan mengandung adalah vitamin B9 dan ada sesetengah mungkin B6. Selain itu, asid folik juga penting. Asid folik boleh ditemui dalam makanan seperti asparagus, kubis, jagung, bayam dan lain-lain.

Ambil tambahan zink sekurang-kurang 15 hingga 20 miligram sehari. Zink boleh ditemui dalam makanan seperti telur, daging, gandum dan oat. Mengambil sehingga 1200 miligram kalsium sehari. Kalsium boleh didapati daripada produk susu, sayur-sayuran, almond, hazelnut.

Turun Berat Badan
Kajian menunjukkan bahawa ibu menyusu cenderung untuk kehilangan sehingga 1.5 lbs berat badan dalam masa sebulan untuk 4 hingga 6 bulan penyusuan tanpa senaman jika pemakanan betul. Mereka yang bertambah berat disebabkan cenderung mengambil makanan manis berlebihan. Mereka yang merancang menurunkan berat badan dalam tempoh penyusuan tidak digalakkan turun terlalu cepat pada peringkat awal penyusuan, satu hingga tiga bulan pertama.
Senaman
Ibu menyusu boleh bersenam cara biasa. Tetapi tidak drastik selepas bersalin. Aktiviti perlu ditingkat sedikit demi sedikit. Jangan mengharapkan kehilangan lemak dalam jangka masa 2 minggu selepas bersalin.

Mengandung
Bagi mereka yang sedang mengandung, seeloknya program penjagaan badan bermula ketika mengandung. Program-program senaman ibu mengandung berbeza mengikut trimester. Pemakanan juga berbeza mengikut trimester. Dapatkan nasihat pakar sebelum memulakan program ketika mengandung. Saya akan cuba masukkan entri berkenaan jenis latihan dan diet untuk ibu mengandung di masa hadapan.

AWASI PEMAKANAN ANAK KITA

Mengikut statistik kegemukan di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, sebanyak 15% daripada kanak-kanak dalam kategori obes. Manakala 15% berpontensi menjadi obes. 2/3 daripada kanak-kanak obes ini akan kekal dalam keadaan obes ketika dewasa. Peratusan ini terus meningkat dari semasa ke semasa. Itu statistik 5 tahun lepas. Agak-agak sekarang, berapa peratus? Fikirkan.

Kanak-kanak gemuk? Salah siapa? Bila bersama ahli keluarga, kita sering memuji dan membiarkan kanak-kanak makan, ‘takpe, sihat, bagi dia makan’. Kanak-kanak tu kecil lagi, apa yang dia peduli kalau badan dia naik. Ketika masuk alam persekolahan, ada kanak-kanak obes sudah mula rasa tersisih. Kawan mengejek dia gemuk, atau mungkin dia sendiri terasa bila bermain bola bersama rakan-rakan, sukar untuk dia mengejar bola atau pelbagai situasi lain. Tapi apa dia boleh buat? Adakah dia tahu bagaimana untuk kuruskan badan?



Bila masuk alam remaja, ada yang boleh hidup gembira dan aktif seperti mereka yang lain tetapi dalam masa sama berdepan dengan pelbagai konflik dalaman yang mungkin tidak ditonjolkan. Bila tengok kawan-kawan mungkin ada teman lelaki atau teman wanita dan diri dia tiada sesiapa yang minat, diri mula rasa tersisih. Tak dinafikan, ada yang menerima dan pandai menggunakan kelebihan diri dalam pergaulan, tapi berapa ramai?

Saya sendiri dulu ada client yang mana sampai tahap, nak keluar rumah pun malu, di rumah taknak makan apa-apa dengan harapan boleh kurus, berada dalam keadaan tertekan. Salah siapa dari awal? Ibu bapa atau penjaga seharusnya bertanggungjawab menjaga anak sejak kecil, bukan sahaja memberi pelajaran akademik tetapi juga bertanggungjawab untuk kesihatan anak-anak.

Kanak-kanak obes berhadapan dengan risiko sakit diabetis, masalah jantung dengan tahap cholestrol yang tinggi, tekanan darah tinggi, berdengkur (jangan ingat berdengkur itu normal), asma (banyak pakar berpendapat bahawa kegemukan kanak-kanak semasa kecil meningkatkan risiko sakit asma), sakit-sakit sendi, dan macam-macam lagi. Dahulu susah kita dengar orang sakit jantung pada usia muda, tapi kini umur 15 tahun pun ada. Antara yang jadi punca lagi, dulu mana ada play station, sekarang ini wajib ada. Dulu kanak-kanak aktif di luar, sekarang nak suruh keluar rumah kena paksa. Dulu makan mak masak, sekarang hari-hari mcd, kfc.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, adalah tanggungjawab kita untuk meletakkan sempadan untuk anak-anak. Sebagai contoh, kalau makanan segera, bukan cakap tak boleh makan, cuma jangan kerap, mungkin sebulan sekali. Bawa anak-anak untuk beriadah, bersenam, bersukan. Mungkin boleh buat aktiviti keluarga setiap hujung minggu, main badminton bersama, atau berbasikal bersama atau lain-lain. Bukan sahaja untuk kesihatan anak-anak tetapi dapat juga mengeratkan hubungan sesama keluarga. Galakkan anak-anak menyertai kegiatan kokorikulum di sekolah, aktiviti sukan di sekolah, bukan semata-mata akedemik, pagi sekolah, petang tuisyen, malam kelas tambahan.

Sempena cuti sekolah ini, marilah kita pelbanyakkan aktiviti untuk anak-anak. Tidaklah mereka terperap depan komputer setiap hari. Ingatlah, anak itu anugerah tuhan.

Monday, 24 September 2012

BODYSHAPE IDAMAN

 


Bagaimana menentukan diet mengikut jenis badan?
Menentukan keperluan kalori
Mesomorph – Berat badan (lbs) x 15
Ectomorph – Berat badan (lbs) x 16.5
Endomorph – Berat badan (lbs) x 13.5
Sebagai contoh, jika seorang mesomorph dengan berat 200 lbs. 200 x 15 = 3000. Jika dia menyasarkan hilang 1lbs lemak seminggu, 1lbs lemak = 3500 kalori, jadi sehari 500 kalori. Keperluan kalori sehari 3000 – 500 = 2500
Kekerapan makanan
Mesomorph – Makan setiap 2.5 – 3.5 jam
Ectomorph – Makan setiap 2 – 3 jam
Endomorph – Makan setiap 3.5 – 5 jam

 Keperluan protein
Mesomorph – 1.2g / lbs berat badan
Ectomorph – 1.5g / lbs berat badan
Endomorph – 1.4g / lbs berat badan

Keperluan lemak
Mesomorph – 17-23% daripada jumlah kalori
Ectomorph – 24-28% daripada jumlah kalori
Endomorph – 23-28% daripada jumlah kalori

Kepeluan karbohidrat
Tolakkan protein dan lemak yang dah dikira dengan keperluan kalori. Mengambil daripada contoh di atas. Keperluan protein 200 x 1.2 = 240. 1g protein bersamaan dengan 4 kalori, jadi 240 x 4 = 960. Manakala lemak, 20% daripada 3000 = 600. Maka, 960 + 600 = 1560. Karbohidrat, 2500 – 1560 = 940. 1g karbohidrat bersamaan dengan 4 kalori, maka 940 / 4 = 235g karbohidrat.
Nota: Kiraan ini lebih untuk proses pemotongan. Untuk membesarkan badan boleh pusingkan, karbohidrat lebih daripada protein atau samakan keperluan protein dan karbohidrat.

Nota:
1g protein = 4 kalori
1g karbohidrat = 4 kalori
1g lemak = 9 kalori

PEMILIHAN MAKAN IKUT JENIS DARAH


 Diet yang agak baru popular adalah diet mengikut jenis darah. Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisa genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang disebut lektin. Lektin merupakan protein yang ditemui dalam pelbagai makanan, mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi apabila anda makan makanan yang mengandungi lektin protein yang tidak sesuai dengan jenis darah anda, lektin mula mengaglutinasi sel-sel darah. Lektin banyak ditemui dalam makanan tidak begitu mengancam kehidupan walaupun mereka boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.
 
Darah O

Digalakkan
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Protein
Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel
Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
Tenusu

Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya
Semua produk tenusu dan yogurts
Lemak
Minyak zaitun, minyak flaxseed
Minyak canola, sesame
Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
Bijirin
Biji  labu, walnut
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Kacang tanah, pistachio, biji poppy
Kacang
Kacang azuki, black-eyed peas
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
Gandum
Roti essene, roti Ezekiel
Bali, nasi
Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
Sayur
Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut
Tomato
Terung, jagung, avocado
Buah
Plums, prunes
Anggur, kebanyakan beri
Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
Rempah
Kari, garam, cayenne pepper

White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
Perasa

Chocolate, madu, cocao
Sos tomato, mayonis
Air
Soda, tea
Bir, wine
Kopi, black tea

Darah A

Digalakkan
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Protein

Ayam, ayam belanda
Daging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik
Makanan Laut
Cod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Barracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura
Tenusu

Yogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambing
Semua jenis keju yang lain dan susu
Lemak
Minyak zaitun, minyak flaxseed
Minyak canola, minyak cod liver
Minyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame
Bijirin
Kacang, labu
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Kacang Brazil, cashew, pistachio
Kacang
Kacang hijau, kacang hitam, black-eyed peas

Tamarind, kacang merah
Gandum
Buckwheat, amaranth

Graola, wheat germ, wheat bran, durum wheat
Roti & Mi
Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
Sayur
Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu

Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant
Buah
Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon

Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine
Rempah
Tamari, miso, sos soya, halia

Vinegar, pepper
Perasa


Sos tomato, mayonis
Minuman
Aloe vera, green tea, red wine, kopi

Bir, soda, black tea

Darah B

Digalakkan
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Protein
Kambing, kijang, arnab
Lembu, ayam belanda, rusa
Ayam, itik, babi
Makanan Laut
Cod, salmon, halibut, sole
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu
Keju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurt
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Aiskrim
Lemak
Minyak zaitun

Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin

Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Cashew, pine, pistachio
Kacang


Black-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam
Gandum
Oatmeal, nasi
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Wheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal)
Roti
Roti, beras perang, kek nasi
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Bagel, muffin, roti multi-grain, soba
Sayur
Sayur hijau
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Tomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu
Buah
Nenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plum
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Kelapa, belimbing, pear
Rempah
Kari, cayenne pepper
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan

Perasa


Sos tomato, mayonis
Minuman
Ginger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licorice

Aloe vera, soda

Darah AB

Digalakkan
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Protein
Kambing, arnab, ayam belanda
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang
Makanan Laut
Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu
Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Keju america, aiskrim, susu penuh
Lemak
Minyak zaitun

Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin
Peanut, walnut
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Filbert, biji labu, biji sesame
Kacang


Lima
Gandum
Millet, oat bran, oatmeal, rye
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Jagung, buckwheat, kasha, soba
Sayur
Broccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yam
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Artichoke, avocado, jagung, lima, cili
Buah
Anggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwi

Manga, jambu, kelapa, pisang, oren
Rempah
Kari, miso
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Esktrak almond, barli, tapioca
Minuman
Licorice, red wine, dandelion, kopi, green tea

Soda, black tea