Seorang ibu yang menyusukan anak menghasilkan secara purata 700
hingga 800 mililiter susu setiap hari yang mana mengandungi kira-kira
300 miligram kalsium untuk setiap liter. Penghasilan ini memerlukan
pengeluaran tenaga tambahan sekurang-kurang 500 kalori sehari. Pemakanan
yang seimbang penting bagi ibu yang menyusukan anak. Jadi secara
kesimpulannya, perbezaan antara diet perempuan yang tidak menyusukan
anak dan yang menyusukan anak adalah lebihan 500 kalori.
Kualiti susu yang dihasilkan bergantung pada pengambilan jenis
makanan manakala jumlah susu bergantung pada diet ibu. Makanan yang
diserap bukan hanya untuk kegunaan sendiri tetapi juga untuk penghasilan
susu.
Asas Diet
Tingkatkan pengambilan air sehingga mencampai 2.5 hingga 3 liter air
sehari. Tetapi jangan berlebihan. Terlalu banyak cecair juga boleh
mengurangkan pengeluaran susu. Cara kiraan keperluan kalori menggunakan
cara sama tetapi ada penambahan 500 kalori tambahan. Sebagai contoh,
jika memerlukan 2000 kalori, maka perlu tambah sehingga 2500 kalori.
Perlu diingatkan, ibu menyusu banyak tergoda dengan benda manis.
Tukarkan ke menu sihat. Boleh menggunakan cara mudah, 40 peratus
karbohidrat, 40 peratus protein dan 20 peratus lemak yang baik. Seperti
diet biasa, bahagikan kepada 6 hingga 8 menu sehari. Untuk penghasilan
susu yang teratur, pemakanan pun perlu teratur.
Jauhi tembakau. Nikotin akan terus ke bayi melalui penyusuan. Jangan
mengambil ubat tanpa rundingan dengan doktor terlebih dahulu. Kebanyakan
antibiotik, ubat sulfa, ubat kimia dan produk yang mengandungi iodin
adalah kontraindikasi apabila anda menyusui. Vitamin yang benar-benar
kurang dalam perempuan mengandung adalah vitamin B9 dan ada sesetengah
mungkin B6. Selain itu, asid folik juga penting. Asid folik boleh
ditemui dalam makanan seperti asparagus, kubis, jagung, bayam dan
lain-lain.
Ambil tambahan zink sekurang-kurang 15 hingga 20 miligram sehari.
Zink boleh ditemui dalam makanan seperti telur, daging, gandum dan oat.
Mengambil sehingga 1200 miligram kalsium sehari. Kalsium boleh didapati
daripada produk susu, sayur-sayuran, almond, hazelnut.
Turun Berat Badan
Kajian menunjukkan bahawa ibu menyusu cenderung untuk kehilangan
sehingga 1.5 lbs berat badan dalam masa sebulan untuk 4 hingga 6 bulan
penyusuan tanpa senaman jika pemakanan betul. Mereka yang bertambah
berat disebabkan cenderung mengambil makanan manis berlebihan. Mereka
yang merancang menurunkan berat badan dalam tempoh penyusuan tidak
digalakkan turun terlalu cepat pada peringkat awal penyusuan, satu
hingga tiga bulan pertama.
Senaman
Ibu menyusu boleh bersenam cara biasa. Tetapi tidak drastik selepas
bersalin. Aktiviti perlu ditingkat sedikit demi sedikit. Jangan
mengharapkan kehilangan lemak dalam jangka masa 2 minggu selepas
bersalin.
Mengandung
Bagi mereka yang sedang mengandung, seeloknya program penjagaan badan
bermula ketika mengandung. Program-program senaman ibu mengandung
berbeza mengikut trimester. Pemakanan juga berbeza mengikut trimester.
Dapatkan nasihat pakar sebelum memulakan program ketika mengandung. Saya
akan cuba masukkan entri berkenaan jenis latihan dan diet untuk ibu
mengandung di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment