Jom kita baca jap artikel ni..
Adalah menjadi kepercayaan bahawa menangis adalah satu terapi dan juga
sebaliknya. Randoplh Cornelius (1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa
menangis dianggap sebagai cara yang penting untuk melepaskan ketegangan
fisiologi sehinggakan jika tidak dibebaskan berkemungkinan menjadi
penyebab penyakit.
Dari perspektif biologi terdapat tiga jenis air mata iaitu ‘basal air
mata’ yang berterusan dan melumasi mata, ‘air mata refleks’ terjadi
ketika kita memotong bawang atau menerima pukulan ke mata, dan ‘air mata
emosional’ disebabkan psikologi. Frey, Desota-Johnson, Hoffman dan
McCall (1981) mengkaji tentang perbezaan antara komposisi biokimia air
mata emosional dibandingakan dengan air mata iritasi. Kepekatan protein
air mata emosional adalah 24% lebih besar dari air mata iritasi. Protein
kompleks air mata secara emosional adalah mereka yang terlibat dalam
respon tekanan. Frey mencadangkan bahawa air mata melakukkan semacam
katarsis fizikal, mengeluarkan racun dari badan.
Katarsis fisiologi dicadangkan oleh Efran dan Spangler (1979).
Setelah tempoh hiperakivitas sistem saraf simpatik, menangis adalah
sebahagian daripada kesan pembalikan parasimpatis di mana air mata
berfungsi untuk meluahkan keghairahan. Bukti-bukti menunjukkan sendikit
manfaat fisiologi dari segi emosional atau mungkin sebaliknya.
Menangis mengurangkan tekanan. Manusia menangis dengan pelbagai
alasan. Sebahagian besar kita menangis ketika kita sedih. Namun air mata
juga mengalir bila mana kita bahagia.
Mengapa Menangis Itu Bagus?
- Ia mengurangkan ketegangan
- Membentuk komunikasi berkesan
- Menyampai rasa cinta
- Meluahkan perasaan
- Merasa lebih baik selepas menangis, emotional yang stabil
- Membersihkan mata dari kotoran
- Mengurangkan tekanan darah bilamana bebas dari tekanan, tahap tekanan darah menurun
No comments:
Post a Comment