Menghilangkan Jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda. Biarkan selama satu jam tanpa dilap.
Kemudian cuci dengan air sejuk.
Menghilangkan Kesan Strecth Mark
Ambil satu sudu kecil air limau nipis, campur 20 titik minyak kayu putih
serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan calar
tersebut.
Mulut Berbau
Ambil beberapa helai daun sireh dan diramaskan ke dalam air. Kumur dengan
air tersebut selama beberapa hari.
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan makannya atau ambil daun kacang kayu
kemudian jemur sehingga kering dan dibuat seperti hisap rokok. Boleh juga
amalkan mencium bunga daun bawang merah.
Rabun
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu ketul kunyit dan keduanya dihancurkan
sekali. Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah. Minum air
yang sudah ditapis itu satu gelas setiap hari.
Perut Masuk Angin
Setiap kali minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong
kecil. Amalkan.
Kencing Manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih kemudian direbus dengan
sekati kulit kerang yang baru. Cara rebus rebung buluh kuning adalah
menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api
yang sederhana. Rebus sehingga air rebusan tinggal suku dan sejukkan. Amalkan
minum air rebusan tersebut.
Cirit Birit
Bawang merah dibersihkan dan dikupas tanpa dibasuh. Biji kopi dikisar halus.
Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan
semasa cirit.
Kencing Tidak Lawas
Limau diperah dan diambil airnya dan dicampur dengan madu dan air panas dan
minum. Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di bahagian
atas buah pinggang dan pundi kencing.
Susah Tidur
Dapatkan buah pala. Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan
sedikit air. Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.
No comments:
Post a Comment