Monday 15 October 2012

UJIAN KEANJALAN KULIT ANDA

Uji kaji keanjalan kuit.
Pada saat usia semakin meningkat, keanjalan kulit semakin berkurangan. Kulit menjadi keras dan berkerut, ini merupakan faktor penuaan dan kemerosotan fungsi kulit. Perubahan fizikal kulit menjadi semakin ketara menjelang usia 45 tahun.
Seperti yang anda sedia maklum kulit merupakan organ homeostasis ( pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar.). Kulit terdiri dari 2 lapisan iaitu lapisan epidermis ( luar ) & lapisan dermis ( dalam). Kulit berfungsi  sebagai  
  • Perlindungan
  • Mencegah dehidrasi ( gangguan dalam keseimbangan cairan dalam tubuh)
  • Rangsangan luar
  • Menyimpan lemak
  • Sintesis Vitamin D
  • Menghasilkan bau dan penyamaran
  • Kawalaturan suhu
Eksperimen ini menunjukkan pendekatan beberapa peringkat umur secara fungsional kulit yang terbentuk sebagai hasil kemerosotan  radikel bebas. Lakukan eksperimen ini dan perhatikan kedaan kulit kemudian bandingkan dengan usianya. Uji sama ada kulit berfungsi secara fungsional lebih muda atau lebih tua dibanding usia biologis.
Cuba cubit kulit di bawah lengan dan tahan selama 5 minit. Kemudian lepaskan dan hitung masa yang diperlukan untuk ianya rata kembali. Semakin cepat waktunya, semakin muda usia fungsional kulit.

 
Waktu (masa)
Usia Fungsional (tahun)
1-2
20-30
3-4
30-44
5-9
45-50
10-15
60
35-55
70
56 atau lebih
70 ke atas
 
Sekiranya ingin mencegah degenerasi(kemerosotan) dan inginkan keremajaan kulit , gunakanlah minyak kelapa dara untuk menggantikan krim & lotion. Uji kaji yang di buat terhadap seorang yang berusia 50 tahun mendapati kulitnya rata semula hanya dengan mengambil masa 1-2 saat selepas menggunakan minyak kelapa dara.

TIPS PENJAGAAN KULIT TERBAEK

6 Perkara di mana kulit anda akan benar-benar kelihatan Muda  

1-Kawal dari pendedahan cahaya matahari yang berlebihan. 

2-Elakkan dari amalan ‘Diet Yo-Yo’.  

3-Penggunaan minyak kelapa dara.
  • Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh faktor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
  • Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, di mana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit.
  • Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.
  • Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.
  •  
    4-Rehatkan otot-otot muka anda.
     
    5-Pengambilan Omega-3 yang banyak.
     
    6-Elakkan merokok.

    VIRGIN COCONUT OIL



    KELEBIHAN VCO


    • Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan  pernafasan dan kerongkong

    • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.

    • Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga

    • Di dalam usus kecil dan besar  ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum

    • Mengurangkan  keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.

    • Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap

    • Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

    • Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

    • Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak  pada saluran darah.

    • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

    • Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.


    KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN VCO


    • Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi

    • Mengawal kencing manis  - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

    • Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida  semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas .

    • Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.

    • Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

    • Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

    • Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

    • Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

    • Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen

    • Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

    Sunday 14 October 2012

    TRAGEDI DI R&R

    Untuk dikongsi bersama
     
    Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
     
    Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.
    Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak
    akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).
    Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke
    Johor Bahru.
     
    Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan)
    manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)
    Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk
    membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.
     
    Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak
    yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan
    hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga
    yang ditinggalkan buat seketika.
     
    Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……
     
    Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri
    yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.
     
    Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek.
    Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.
    Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi
    meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.
     
    Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.
    Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.
    Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek,
    sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek
    supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
    Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.
     
    Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya
    Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
    Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.
     
    Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
             i.            Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
           ii.            Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
          iii.            Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
         iv.            Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan
    (boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
           v.            Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
         vi.            Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
        vii.            Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
      viii.            Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
         ix.            Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
           x.            Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)
     
    Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….
    Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)
     

    Friday 12 October 2012

    PROMOSI!PROMOSI!!


    Sabun Glutakojic 150g
    Magic Whitening & Repairing Cream 15g


    Pemakaian:
    Sabun: cuci muka selama 3 minit 2 kali sehari
    Krim: sapu pada muka sebelum tidur malam (tekstur krim tidak melekit/berminyak)

    Krim sesuai untuk:
    * di gunakan bersama sabun glutakojic untuk hasil yang lebih berkesan

    kesan:
    * parut berlekuk makin berkurangan, kulit tidak berminyak, kulit lebih nampak fresh, kulit lebih cerah, jerawat mengecut, jeragat makin pudar, kulit lebih lembut secara keseluruhan(tidak tertumpu pada sesetengah kawasan muka sahaja)


    Sabun Glutakojic 150g

    Pemakaian: cuci muka selama 3 minit 2 kali sehari

    sesuai untuk:
    * mengawal kulit berminyak, memudarkan parut, mengurangkan masalah jerawat, jeragat dan strechmarks, membantu masalah whitehead dan blackhead, masalah kekedutan kulit

    kesan:
    * mencerahkan kulit tanpa pengelupasan, memudarkan parut, menyelesaikan masalah kulit berminyak, jerawat, jeragat, strechmarks, kulit lebih licin dan mulus (tiada whitehead/ blackhead)

    Virgin Coconut Oil Catalyst
    Collagen Catalyst


    Pengambilan:
    VCO: 1 biji pagi sebelum makan, 1 biji sebelum tidur atau 2 biji sekaligus pagi sebelum makan

    Collagen: 1 sachet sehari (letak atas lidah dan hisap, kemudian minum air suam atau jus buah)

    sesuai untuk:
    * mengatasi masalah kulit kusam kering dan berkedut, membantu melicinkan tumit yang merekah, menyuburkan rambut, membantu mengaktifkan semula metabolisme badan, mengembalikan keremajaan kulit

    kesan:
    * kulit tidak akan berminyak, dapat mengurangkan masalah jerawat, mengurankan parut2 yang ada di kulit, badan terasa lebih cergas dn bertenaga, minda lebih cergas dan pergerakan anggota badan lebih lancar


     Vitamin E 200 i.u 30's
    Virgin Coconut Oil Catalyst


    Pengambilan:
    Vitamin E: 1 biji sehari
    VCO: 1 biji pagi sebelum makan, 1 biji sebelum tidur atau 2 biji sekaligus pagi sebelum makan
     Vitamin C 1000mg (100% asid askorbik) 30's
    Virgin Coconut Oil Catalyst 60's


    Pengambilan:
    Vitamin C: 1 biji sehari
    VCO: 1 biji pagi sebelum makan, 1 biji sebelum tidur atau 2 biji sekaligus pagi sebelum makan

    VCO sesuai untuk:
    * memberi ketahanan kepada badan, membantu pyerapan zat supplement dlm badan, mengurangkan rasa keletihan, melembapkan kulit, merawat gejala berdengkur dan banyak lagi :)

    Kesan:
    badan rasa tidak letih, kulit lebih lembap, badan rasa lebih ringan kerana boleh merawat peredaran dalaman badan.

    **boleh juga di sapu pada kulit muka, tumit, siku, lutut

    Vitamin C 1000mg (100% asid askorbik) 30's
    Vitamin E 200 i.u 30's


    Pengambilan:
    Vitamin C: 1 biji sehari
    Vitamin E: 1 biji sehari

    Vitamin C (lihat penerangan pada gambar sebelum)

    Vitamin E sesuai untuk:
    * merawat gejala kulit kering, tumit merekah, bibir kering, kulit berusia, kuku rapuh terutama bagi mereka yang banyak bekerja dalam 'air cond'..

    Kesan:
    * kulit lebih lembap (bukan berminyak), kulit tumit lebih lembut dan tidak merekah, kuku sihat, merawat kulit mengelupas, bibir tidak kering, kulit lebih bermaya 
     
    SILA SMS UNTUK HARGA TERBAEEEKKKKK

    016-2025978

    Thursday 11 October 2012

    NB-Factor Essence (Ekstrak Tumbuh-tumbuhan)

    NB-Factor Essence sangat berkesan terhadap tanda-tanda penuaan, menangani masalah kulit kusam, tona kulit tidak sekata, kedutan dan kulit sensitif. Nb Factor Essence membantu mencerahkan kulit anda menjadi lebih berseri , licin, cerah dan gebu. NB-Factor Essence bukan sahaja baik untuk kulit,malah membantu mencuci hati, darah dan organ-organ utama yang l
    ain (nyahtoksin) serta membantu meningkatkan sistem imun, keseimbangan hormon dan pelbagai fungsi sokongan. * Mengurangkan Pigmentasi, jeragat, dan penuaan * Menggalakkan Keanjalan dan kegebuan Kulit * Mengurangkan Kedut dan kusam di wajah * Meningkatkan sistem imun * Menyamaratakan tona kulit yang tidak seimbang dan perubahan warna kulit * Meningkatkan kecerahan dan keserian kulit

    ~lebih berkesan diambil bersama vitamin C 500mg,dan vitamin E 200i.u (jangan melebihi dos) ~tidak boleh diambil oleh wanita mengandung, menyusu,dan mereka yg berpenyakit

    WHITE PERFECT GLUTA KOJIC VIT C SOAP



    Nak JIMAT guna seketul sabun GLUTAKOJIC tu, POTONG sabun kepada beberapa bahagian..pastikan potong ikut lebar sabun supaya bahagian OREN dan PUTIH ada pada stiap potongan, guna sebahagian dan SIMPAN selebihnya...boleh jimat dekat 2 bulan (bergantung kpd berapa kerap kita guna)....kalau kerap, sebulan or lebih skit...mmg BERBALOI rm 45 dengan hasil die..:-)

    Wednesday 3 October 2012

    HEALTH CARE











    LAGI PANDUAN BAYAR LOAN UMAH

    Saya temui tips ini disatu laman blog, tertarik dgn info, seperti bisa ia dipetik dari buku sifu hartanah Azizi Ali.. 

    Biar saya outline kan point-point penting untuk tatapan anda... DI dalam laporan tersebut ada banyak lagi point2 penting seperti bagaimana nak pilih loan, jenis-jenis loan dan kelebihan masing-masing dan macam2 tips nak melangsaikan loan rumah...

    Antara point untuk melangsaikan pinjaman rumah dengan cepat oleh Sdr. Azizi Ali:-

    1. Bayar loan setelah dapat wang


    Apabila kita kena bayar loan rumah setiap 30 hb setiap bulan... tetapi gaji masuk 25 hb contohnya... tak perlu tunggu sampai 30hb baru nak bayar, sebaliknya bayar terus bila dapat gaji... Ramai yang tak tahu anda boleh bayar sebelum due date... dengan cara ini interest dapat dikurangkan dari 30 hari interest ke 25 hari... Jimat untuk 5 hari...


    2. Bayar lebih sikit setiap bulan


    Sekiranya kena bayar RM 725.78 setiap bulan, jadikan ia nombor bulat seperti RM 730.00 ataupun RM 750.00. Lagi bagus bayar RM 800.00.. jangan terkejut kerana dengan cara ini anda boleh mengurangkan tahun bayaran secara signifikan.


    3. Bayar dua minggu sekali


    Saya pun baru tahu... Anda boleh bahagi dua bayaran itu daripada RM 800.00 sebulan kepada RM 400.00 setiap 2 minggu sekali. Ini kerana di dalam kalendar Gregorian - setahun ada 12 bulan tetapi ada 26 forthnights (2 minggu). ia boleh mengurangkan tahun bayaran sehingga 3 tahun! (bergantung kepada bayaran)..


    4. Bayar lebih kalau ada tunai di tangan


    Kalau ada duit lebih daripada keuntungan perniagaan, bonus gaji, wang pusaka dan wang lebihan cukai boleh dibayar untuk pinjaman rumah.



    5. Teruskan bayaran yang sama walaupun interest rate jatuh.


    Pada kebiasaannya apabila BLR jatuh, bank akan kurangkan bayaran bulanan. Ini kerana bank tak nak kita bayar lebih - kerana lebihan akan mengurangkan principal - so bank rugi dari segi interest... Oleh itu adalah penting kita mengekalkan bayaran untuk mengurangkan bayaran principal dan sekaligus mengurangkan interest.


    6. Bayar lebih sekiranya naik gaji


    Kalau gaji kita naik, kita boleh naikkan bayaran rumah sesuai dengan kenaikan gaji. Point Azizi Ali ialah... kalau selama nih kita boleh hidup dengan gaji sebelum ini, apakata kita maintain dengan cara hidup yang sama dan lebihan gaji boleh dibayar kepada bank.


    7. Jual barangan terpakai untuk bayar pinjaman rumah


    Cadangan yang pelik tapi praktikal. Adakala banyak barang2 lama tetapi berharga yang kita boleh jual. Hasilnya kita boleh bayar kepada bank.

    8. Refinance pinjaman rumah ke Bank lain yang menawarkan interest yang lebih Rendah


    Sekiranya ada bank yang boleh menawarkan interest yang lebih rendah misalnya dari 8 percent sekarang ke 6.5 percent, apa salahnya kita ambil peluang itu. Walaubagaimanapun setiap kiraan mestilah termasuk charge-charge seperti MRTA, moving cost, lawyer fee dan sbgnya (hidden fee).. Silap-silap... bayaran bulanan boleh lebih tinggi pula..


    Cara lain adalah memohon bank yang sama untuk mengurangkan interest... (Saya pernah buat - bank approved kurangkan 0.5% interest - tak banyak tapi kurang la gak)... Sesetengah bank tak nak kehilangan customer kepada pesaingnya... Bank sayang kat anda... kecuali anda jenis kaki ponteng bayar bank... bank dengan gembiranya me"refer" anda kepada pesaingnya...


    Ada banyak point2 yang saya tak tulis daripada special report ini... kerana kalau tulis habis nanti mentor saya Sdr Azizi Ali marah kat saya... Bank ambil untung yang banyak daripada interest yang dikenakan... Dengan ilmu yang ada kita boleh mengurangkan apa yang sepatutnya kita bayar pada bank... apa yang ada kita dapat kongsi bersama dan diharap dapat diamalkan di dalam kehidupan anda sehari-harian. 


    *** Nah!! harap tips-tips yang diberikan ini berguna untuk anda. 
    Jadi Jangan lagi rasa tertekan atau buntu bila anda mengalami masalah seperti ini.



    Sumber artikel :drazwan.blogspot.com

    BAYAR HUTANG RUMAH

    Entry ini saya adaptasi dari entry saudara wakif, how to pay off your house loan in 5 years or less . Ianya perkongsian berkenaan buku yg beliau baca tentang cara nak langsaikan hutang rumah dalam masa 5 tahun atau kurang. Berminat nak tahu caranya? Teruskan membaca.


    So berikut adalah antara cara memendekkan yg dikongsikan dalam entry tu:
    1) Bayar bila income masuki.
    2) Bayar lebih setiap bukan
    3) Bayar 2 kali sebulan.
    4) Bayar awal sebelum due date.
    5) Bayar bila2 ada duit lebih. Pay anytime you have extra cash
    6) Bayar ansuran yg sama biarpun BLR jatuh. 
    7) Bayar lebih bila gaji naik
    8) Jual barang tak berfaedah utk bayar loan. 
    9) Refinance  dengan bank yg tawarkan interest yg lebih rendah
    Tajuk mcm gempak tapi senang nak simpulkan : Bayar Lebih. macam hutang rm1, kalau bayar 20sen, 5 bulan baru habis, kalau bayar 50sen 2 bulan dah habis. Point ke-9 mcm kelakar jugak, mmg la habis kat bank lama, tapi bank baru ada balik.
    So kata kunci : bayar awal dan bayar lebih . Namun secara praktikalnya, dalam perjanjian pinjaman rumah tidak membenarkan berbuat demikian, hanya pakej pinjaman tertentu sahaja. Secara idealnya,  pakej pinjaman perumahan perlu memiliki kriteria berikut:
    1) Pinjaman berdasarkan 'Daily rest'
    2) Benarkan bayar sebanyak mana yg disukai
    3) Benarkan bayar sekerap mana yg disukai
    4) Tiada cas dan kos tersembunyi untuk tujuan perkara 2&3
    Kalau mengikut ruangan komen entry blog wakif ni, ada 3 bank yg tawarkan which is HSBC, Bank Rakyat dan Alliance Bank. Rasanya utk pakej loan sebegini rate yg ditawarkan tidaklah serendah pakej loan lain
    Untuk faham situasi pengiraan bagaimana boleh kurangkan tempoh pinjaman boleh rujuk thread forum ni :
    p/s: watpe nak settlekan cepat2 laon yg mmg dah rendah ratenya. baik kumpul utk next purchase ye tak?

    CARA CEPAT BAYAR UTANG RUMAH

    Korang nak tau tak camne cara nak cepat ngabihkan bayo utang umah? Cara ini banyak diceritakan di dalam buku-buku yang berkaitan dengan ‘property investment’ dan aku telah pun mempraktikkannya untuk salah sebuah umah sewa aku. Hasilnya.. dapat jugakla aku mengurangkan faedah yang dikenakan pada utang aku tu. So, camne ye
    Sebelum aku gtau, aku nak tanya.. korang perasan tak yang dalam setahun ada berapa minggu? Yes..52 minggu dan kalau 52 minggu ni ditukarkan kepada bulan, ianya akan menjadi 13 bulan dalam setahun. Cuba korang bayangkan instalment umah yang korang bayar tetiap bulan tu ditukarkan kepada setiap 2 minggu sekali, apa akan jadi? Eh..janganlah kalau instalment korang tu RM400, tiap 2 minggu korang bayar banyak tu jugak memang la cepat abis tapi setiap 2 minggu, korang bayar la RM200 (separuh dari jumlah instalment korang). Memang kalau ikut logiknya korang bayar jumlah yang sama tapi sebenarnya setiap tahun korang sebenarnya terlebih bayar sebulan instalment. Amacam? Betul tak dan kalau ikut buku yang aku pernah baca, penulis tu bagitau yang cara ni secara tak langsung akan memendekkan hutang rumah korang sebanyak 3-4 tahun. Macamana boleh jadik camtu? Sebabnya.. interest loan umah kita tu yang dicaj mengikut baki hujung bulan dan kalau setiap tahun baki kita dah terkurang sebanyak sebulan instalment, maka hutang korang pun akan abis cepat le sebab interest yang dicajkan tu dah banyak berkurangan. So, amacam.. mudah kan?
    TIPs : Cuba elakkan pembayaran melalui kaedah standing instruction atau autodebit kalau korang nak ikut cara ni.
     http://abangensem.com

    10 Tips Pengurusan Kewangan

     


    1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

    Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

    Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


    2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

    Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.


    3. Lunaskan hutang kad kredit
    Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


    4. Mencarum dalam pelan persaraan

    Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


    5. Menabung.

    Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


    6. Melabur.

    Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


    7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

    Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


    8. Semak liputan insurans

    Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


    9. Kemas kini wasiat

    Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


    10. Simpan rekod kewangan dengan baik

    Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.


    Punca : Do-It Info

    LANGKAH PENGURUSAN KEWANGAN ANDA SIRI 1

    Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.


    Dalam merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan, masa depan dan matlamat kita.


    Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan. Namun begitu secara umumnya, rakyat Malaysia didapati tidak menguruskan kewangan mereka dengan cekap. Ini berdasarkan statistik yang menunjukkan bahawa 50% daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah di bawah umur 30 (Malay Mail, 15/6/2009). Pada umur yang muda, mereka sudah jadi muflis. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam laporannya menyatakan golongan inilah yang menghadapi masalah menyelesaikan hutang, 27% menyatakan bahawa mereka hilang kawalan akan kegunaan kad kredit mereka dan 22% menyatakan bahawa mereka menghadapi keadaan susah kerana pengurusan lemah.

    Menurut kajian yang dikendalikan oleh Citibank (The Star, 19/2/2009) pula:
    • 37% responden menyatakan bahawa mereka agak bimbang akan masa hadapan kewangan mereka;
    • Secara purata, rakyat Malaysia mempunyai simpanan hanya untuk sebelas minggu sahaja;
    • Sejumlah 12% menyatakan bahawa mereka tidak menabung sama sekali;
    • Sejumlah 66% tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka;
    • Hanya 22% mempunyai rancangan persaraan yang formal;
    • Walaupun 86% menyatakan bahawa mereka cuba mematuhi bajet, hanya 28% berjaya mematuhi bajet mereka; dan
    • Lebih 25% tidak pernah berfikir atau memulakan rancangan persaraan mereka.

    Di dalam kaji selidik yang dikendalikan oleh Malay Mail (14/10/2008) bertajuk, “Generation Y just doesn’t care – What recession? It is a non-event for young Malaysians” melaporkan bahawa, walaupun Malaysia mengalami kegawatan pada ketika itu:
    • Belia masih berbelanja RM 300 – RM 500 sebulan untuk hiburan dan riadah;
    • Mereka terlalu suka untuk membeli belah sehinggakan dilabelkan sebagai “dream consumers”; dan
    • Ramai memiliki telefon bimbit yang mempunyai teknologi yang terkini

    Dalam satu kagi kajian yang dilakukan oleh CIMB (11/11/2008), terdapat 93% yang ditemuduga menyatakan bahawa mereka sedar akan keperluan pengurusan kewangan. Maka jelaslah bahawa pengguna Malaysia harus dididik dan dilatih dalam pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kewangan.

    Dalam merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan, masa depan dan matlamat kita. Sebagai contoh, peristiwa-peristiwa yang kita akan lalui termasuk membeli rumah, membeli kereta, berkahwin, mendapatkan anak, pendidikan anak, melancong dan bersara.

    Dalam setiap fasa kehidupan, kita sering mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang dan cabaran yang berbeza. Apabila kehidupan kita berubah, maka kehendak dan keperluan kita juga berubah. Perancangan kewangan menyediakan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup ini.

    Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh yang tertentu.

    Sekiranya kita merancang kewangan dengan cekap, kita akan merasakan bahawa kita berupaya untuk mengawal kewangan kita dan memastikan kita akan berbelanja mengikut kemampuan yang sebenar. Selain itu dapat menguruskan hutang dengan baik serta mengelak daripada kesan-kesan negatif seperti menjadi muflis atau bergantung kepada orang lain seperti ibu bapa atau anak-anak kita.

    Kita juga akan mempunyai perhubungan sosial yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan rakan-rakan sekerja kerana anda tidak meminjam wang daripada mereka setiap kali anda mempunyai masalah kewangan.

    Kita juga akan merasa bebas daripada masalah kewangan kerana kita telah merancang akan keperluan masa hadapan serta mempunyai tabungan atau insurans untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

    Kita dapat mencapai matlamat hidup bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk keluarga. Maka dengan membuat perancangan kewangan, kita akan menyedari akan keperluan masa kini dan masa hadapan, sumber-sumber kewangan yang dimiliki serta sumber kewangan yang diperlukan serta cara sebaik mungkin untuk memperolehi sumber. Yang penting sekali, kita akan merasa tenang dan memperolehi keamanan dalam kehidupan anda.
    – AKPK

      

    PROMOSI VITAMIN C & VITAMIN E

    CEPAT!! PROMOSI BAGI VITAMIN C1000MG & VITAMIN E


    BAGI MENGHARGAI SAMBUTAN PENGGUNA YANG SANGAT MENGGALAKKAN, PROMOSI KEDUA2 VITAMIN DI ATAS PADA HARGA SPECIAL

    PROMOSI SEHINGGA 31 OKTOBER 2012

    VITAMIN C 1000MG 100 BIJI  RM145.00
    VITAMIN E 100 BIJI RM95.00

    JANGAN LEPASKAN PELUANG

    Minyak Kelapa Dara - Softgel




    MINYAK KELAPA DARA 60 Softgel per botol
    ambil 1 biji sebelum sarapan, 1 biji sebelum tidur atau 2 biji sekaligus.
    * boleh juga disapukan di muka sebelum tidur untuk merawat masalah kulit muka kering

    RM 39.90 (semenanjung)
    RM 43.90 (Sabah & sarawak)


    Antara kebaikan dan khasiat:

    1- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.

    2- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak dan kering.

    3- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.

    4- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolesterol yang tinggi.

    5- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.

    6- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.

    7- Memperbaiki pencernaan dan penerapan vitamin-vitamin.

    8- Melindungi tubuh daripada kanser.

    9- Menyusutkan jerawat dengan cepat.

    10- Melancarkan kitaran haid dan menyeimbangkan hormon

    11- Batuk dan selsema cepat hilang serta melegakan pernafasan.

    12- Mengurangkan tidur berdengkur.

    13- Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil.

    14- Mengurangkan keadaan mudah lapar.

    15- Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri.

    16- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.

    17- Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin.

    18- Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita

    (memperlambatkan proses)
     
     

    Tuesday 2 October 2012

    VITAMIN C 1000MG 100% ASKORBIK

     








     1biji (1000 mg) = 14 biji buah sunquick

    KKM #: MAL 06051404X

    Keluaran: Pahang Pharmacy Sdn Bhd

    ~ makan sebiji sahaja sehari

    ~ elakkan minum BERSAMA air teh/kopi atau minuman bergas krn boleh menghalang penyerapan vitamin c. Sekiranya ade mengambil minuman berkafein atau bergas, jarakkan dalam 2 jam pengambilan

    ~ minum banyak air masak/air putih untuk detox/buang toksin

     
    Vitamin C
    iaitu juga dikenali sebagai Ascorbic Acid merupakan vitamin yang larut air amat diperlukan kerana ianya tidak dapat dibina secara semulajadi oleh tubuh badan manusia.Oleh yang demikian ianya perlu diambil secara pemakanan atau suntikan.

    Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin.


    Benarkah begitu?
    Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat

    Detoksifikasi.
    Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

    Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing