Monday, 15 October 2012

TIPS PENJAGAAN KULIT TERBAEK

6 Perkara di mana kulit anda akan benar-benar kelihatan Muda  

1-Kawal dari pendedahan cahaya matahari yang berlebihan. 

2-Elakkan dari amalan ‘Diet Yo-Yo’.  

3-Penggunaan minyak kelapa dara.
  • Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh faktor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
  • Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, di mana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit.
  • Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.
  • Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.
  •  
    4-Rehatkan otot-otot muka anda.
     
    5-Pengambilan Omega-3 yang banyak.
     
    6-Elakkan merokok.

    No comments:

    Post a Comment