Tuesday 2 October 2012

VITAMIN E 200i.u



VITAMIN E
KM #: MAL 04091699X
Keluaran: Pahang Pharmacy Sdn Bhd

~ makan sebiji sahaja sehari

Vitamin E semulajadi
Lengkap dgn 4 jenis vitamin e (tocopherols) dalam satu kapsul.

natural vitamin E blend of 4 complete tocopherols (d-alpha, d-beta, d-gamma and d-delta) plus Vitamin E Succinate...
vitamin kami tidak seperti kebanyakan dipasaran yg hanya mengandungi 1 tocopherol.

FUNGSI
Kebaikan Vitamin E
1. Salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
2. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
3. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
4. Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan.
5. Mengurangkan tekanan darah.
6. Membantu dalam pencegahan penyakit katarak.
7. Meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
8. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
9. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
10. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.
11. Membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.

Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
*Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
*Penuaan kulit sebelum masa.
*Rambut gugur
*Anemia.

No comments:

Post a Comment